TukarBateri menawarkan servis periksa bateri kereta secara percuma di semua cawangan kami. Kereta baru atau lama, juruteknik kami boleh ‘adjust’ bateri kereta anda. Lawati cawangan kami untuk maklumat lanjut tentang kesihatan bateri kereta. TukarBateri juga menyediakan servis tukar bateri kereta, ‘jump-start’, dan bantu hidupkan kereta di mana sahaja anda berada.
Check Kesihatan Bateri Kereta Secara Percuma Di Cawangan Kami (Klik Lokasi Di Bawah)
Lembah Klang
Hubungi ➔ Ganti ➔ Siap
Pilih Bateri Kereta Yang Sesuai
Soalan Lazim
- Lampu depan atau lampu di dalam kereta malap: Jika lampu depan atau lampu di dalam kereta malap dari biasa, itu adalah tanda bateri kereta anda lemah.
- Enjin kereta lambat ‘crank’: Jika kereta lambat ‘crank’ atau lambat untuk dihidupkan, mungkin sudah sampai masanya untuk anda menukar bateri kereta anda.
- Simbol amaran pada dashboard menyala: Jika simbol amaran bateri kereta menyala, anda perlu semak kesihatan bateri kereta anda.
- Terminal bateri kereta terhakis atau berkarat: Jika anda nampak terminal bateri kereta anda terdapat habuk atau serpihan berwarna putih atau hijau, itu adalah tanda bateri kereta sudah mula berkarat. Bateri kereta yang berkarat boleh mengganggu fungsi bateri kereta.
- Bekas bateri menggelembung: Jika bateri kereta anda menggelembung, bateri kereta terlalu panas dan perlu ditukar.
- Suhu melampau: Suhu yang melampau tidak kiralah sejuk atau panas akan mengurangkan jangka hayat bateri kereta
- Jarang digunakan: Jika kereta dibiarkan dan tidak dipandu dalam jangka masa yang lama, bateri kereta akan kehilangan cas sekaligus menjadikan bateri itu ‘kong’.
- Terlebih cas: Jangka hayat bateri kereta boleh menjadi pendek sekiranya bateri kereta tersebut terlebih cas.
- Terkurang cas: Jika kereta tidak dipandu dengan kerap atau cuma dipandu dalam jarak dekat, bateri kereta akan menjadi kurang cas dan memendekkan jangka hayat bateri tersebut.
- Hakisan: Hakisan atau terminal bateri yang berkarat boleh mengganggu fungsi bateri untuk dicas dan mengurangkan jangka hayatnya.
- Getaran: Getaran berlebihan yang terjadi semasa kereta dipandu pada jalan yang yang rosak atau berbatu-bata akan menyebabkan komponen dalam bateri rosak dan mengurangkan jangka hayatnya.
- Tempoh: Setiap bateri kereta mempunyai jangka hayat dan apabila ia sudah lama digunakan, ia perlu ditukar.
- Pandu kereta dengan kerap: Kereta yang dipandu dengan kerap akan dapat mengekalkan ‘kesihatan’ bateri kereta untuk ia berfungsi dengan baik.
- Elakkan memandu perjalanan yang pendek: Bateri kereta tidak akan dicas penuh sekiranya anda memandu perjalanan pendek, anda disarankan untuk memandu lebih lama untuk mengecasnya lebih lama.
- Tutup semua alat elektronik: Apabila kereta anda di dalam kotak parking, tutup semua alatan elektronik termasuklah radio, lampu hadapan atau lampu di dalam kereta untuk mengelakkan bateri kereta kering.
- Pastikan bateri kereta bersih: Bersihkan terminal bateri kereta anda untuk elakkan karat pada bateri dan memastikan bateri tersebut dapat digunakan dengan elok.
- Elakkan suhu melampau: Letak kereta anda di dalam garaj atau kawasan yang teduh supaya ia tidak terdedah kepada suhu yang melampau.
- Semak bateri kereta anda dengan kerap: Juruteknik boleh semak kesihatan bateri kereta anda untuk memastikan ia dalam keadaan yang baik.
- Tutup enjin kereta anda: Apabila kereta anda sudah diletakkan di dalam tempat letak kereta, tutup enjin kereta anda untuk menjimatkan bateri kereta anda.