Minyak hitam kereta atau juga dikenali sebagai minyak enjin dan minyak pelincir kereta perlu diperiksa dan diselenggara secara berkala untuk menjaga prestasi dan kemampuan enjin. Kenapa penting untuk anda selenggara atau servis? Ia penting untuk membantu anda mengelakkan daripada situasi luar jangkaan berlaku seperti minyak hitam bocor yang boleh mengakibatkan kerosakan pada komponen lain dalam kereta anda yang mungkin memakan kos yang tinggi.
Minyak hitam berfungsi untuk melincirkan bahagian-bahagian bergerak dalam enjin, mengurangkan geseran dan kehausan, serta membantu menyejukkan enjin dengan mengalirkan haba jauh dari bahagian bergerak.
Jenis-jenis Minyak Hitam Kereta
1. Minyak Enjin Jenis Mineral
Diformulasikan dengan olahan kelikatan minyak bumi dan tahap kualiti. Minyak jenis ini sesuai untuk enjin yang hanya mempunyai rekaan yang biasa dan digunakan untuk pemanduan biasa. Kebiasaannya minyak jenis ini lebih murah namun ia perlu diselenggara dan diganti dengan lebih kerap.
2. Minyak Jenis Sintetik
Dihasilkan secara kimia untuk memberikan prestasi yang lebih baik dan tahan lebih lama. Biasanya lebih mahal tetapi menawarkan perlindungan yang lebih baik.
3. Minyak Jenis Semi-sintetik
Campuran antara minyak mineral dan sintetik. Menawarkan keseimbangan antara harga dan prestasi.
4. Minyak untuk enjin dengan perbatuan tinggi – High Mileage Oil
Minyak jenis ini dirumus khas untuk kenderaan yang berusia atau yang telah mencapai perbatuan melebihi 100,000 kilometer. Dengan tambahan bahan kimia atau aditif istimewa, minyak ini dapat melindungi enjin dari fenomena ‘burn off’ dan mencegah kebocoran minyak pada enjin yang sudah tua atau memiliki perbatuan yang tinggi.
Tips Memilih Minyak Hitam Kereta
Memilih minyak hitam yang tepat untuk kereta Anda sangat penting untuk menjaga kesehatan mesin dan memastikan kinerja yang optimal. Berikut adalah beberapa tips yang dapat membantu Anda memilih minyak hitam yang tepat:
- Periksa manual pemilik kereta Anda untuk mengetahui jenis dan viskositas minyak hitam yang direkomendasikan oleh pabrikan.
- Pastikan untuk memilih minyak hitam yang sesuai dengan iklim dan kondisi jalan di daerah Anda. Jika sering terjadi suhu ekstrem atau perjalanan jarak jauh, pilihlah minyak hitam yang tahan terhadap kondisi tersebut.
- Pilih minyak hitam yang memiliki sertifikasi dan standar kualitas yang tinggi, seperti API atau ACEA.
- Perhatikan juga komposisi dan aditif dari minyak hitam yang akan Anda pilih. Pastikan memilih yang sesuai dengan kebutuhan mesin Anda.
- Jangan memilih minyak hitam yang sudah kadaluarsa atau telah terkontaminasi.
Dengan memperhatikan tips-tips di atas, Anda dapat memilih minyak hitam yang tepat dan memberikan perlindungan yang optimal bagi mesin kendaraan Anda.
Tanda-tanda Anda Perlu Tukar Minyak Hitam
Minyak pelincir atau minyak hitam perlu ditukar mengikut tempoh tukar minyak hitam yang ditetapkan. Penyelenggaraan minyak hitam adalah penting untuk mengelakkan daripada berlakunya kerosakan serius yang juga akan memakan belanja yang besar untuk dibaiki. Sebelum ia berlaku, baik kita cegah, kan?
Tempoh untuk penukaran minyak hitam kereta biasanya bergantung pada jenis minyak hitam yang digunakan kebiasaannya antara 5000km atau 10000km minyak hitam perlu ditukar.
Apa-apa pun, anda disarankan untuk tukar minyak hitam segera sekiranya kereta anda menunjukkan tanda-tanda seperti berikut.
1. Bunyi bising di bahagian enjin kereta
Masalah enjin kereta yang meragam, bunyi bising pada bahagian enjin (bunyi ketukan), serta komponen logam bergesel dalam enjin merupakan tanda bahawa anda perlu menukar minyak hitam kereta anda. Minyak pelincir memainkan peranan penting dalam melancarkan pergerakan komponen logam dalam enjin, mengelakkan komponen logam daripada bersentuhan dan bergesel antara satu sama lain. Oleh itu, minyak pelincir perlu diselenggara mengikut jadual untuk membantu meningkatkan jangka hayat komponen enjin dan mengurangkan risiko kerosakan enjin. Minyak pelincir yang tidak diselenggara akan menjadi semakin cair, berkurangan, atau kotor, yang akan menjejaskan fungsinya.
2. Kereta berbau hangit seakan terbakar
Sekiranya anda menghidu bau hangit di ruang kabin kereta anda, berkemungkinan ia menandakan bahagian enjin anda sedang mengalami masalah dan memerlukan pemeriksaan segera. Kebiasaannya bau hangit ini disebabkan oleh kebocoran minyak dalam enjin kereta dan juga suhu enjin kereta yang terlampau panas dan menyebabkan minyak terbakar di sistem ekzos kereta. Kadang kala hal ini juga menyebabkan kereta mengluarkan asap kelabu atau biru. Sekiranya anda menghadapi masalah ini, segera ke bengkel berdekatan untuk pemeriksaan dan tukar minyak hitam kereta anda untuk mengelakkan berlakunya kerosakan yang lebih serius.
3. Warna minyak hitam berubah menjadi hitam berkilat
Selalunya minyak hitam berwarna coklat. Namunpun begitu, ia cenderung berpotensi untuk bertukar menjadi lebih gelap dan berubah menjadi warna hitam sepenuhnya akibat daripada kotoran enjin dan bendasing hasil daripada pembakaran dalam sistem enjin.
Semasa pemeriksaan minyak hitam, anda perlu memastikan tahap kejernihan minyak enjin kereta anda. Ia perlu ditukar sekiranya warna sudah bertukar menjadi gelap.
4. Lampu amaran tekanan minyak enjin (Oil Pressure Warning) menyala pada dashboard kereta
Apabila tanda Oil Pressure Warning ini menyala, ia bermaksud sistem tekanan minyak enjin kereta anda sedang menghadapi masalah dan perlukan penyelenggaraan yang segera. Kebiasaannya lampu amaran ini menyala ia membawa maksud minyak hitam bocor, fuel pump rosak atau terdapat ralat pada paras minyak hitam yang perlu diperiksa. Anda disarankan untuk membawa kenderaan anda ke bengkel yang berdekatan untuk pemeriksaan yang lebih teliti oleh mereka yang pakar.
5. Penggunaan bahan api yang meningkat
Peningkatan penggunaan bahan api atau minyak petrol merupakan petanda jelas bahawa anda perlu menukar minyak hitam kereta anda. Minyak pelincir yang telah cair dan kurang likat akan menambah tekanan pada enjin kenderaan anda. Komponen enjin kereta perlu bekerja lebih keras daripada biasa untuk menggerakkan kereta dan mencapai prestasi pemanduan seperti sediakala. Ini secara tidak langsung akan meningkatkan penggunaan petrol atau bahan api kenderaan anda.
Cara Periksa Minyak Hitam Kereta
- Cari dipstick, cabut dan bersihkan dipstick menggunakan kain buruk.
- Masukkan dipstick ke dalam dan keluarkan semula.
- Periksa paras minyak hitam
- Melebihi paras high level : Minyak hitam perlu dikeluarkan supaya ia tidak mengganggu kelancaran enjin. Minyak enjin yang berlebihan juga berupaya menyebabkan kebocoran dan kerosakan crankshaft dan juga spark plug.
- Bawah low level : Minyak enjin perlu ditambah untuk mencegah kerosakan komponen enjin
Kesimpulan
Penjagaan minyak hitam atau minyak pelincir adalah kritikal untuk memastikan enjin kereta berfungsi dengan baik dan tahan lama. Masalah seperti bunyi bising, ketukan enjin, dan geseran komponen logam adalah petunjuk bahawa minyak pelincir perlu diganti. Minyak pelincir yang diselenggara dengan baik dapat melancarkan pergerakan komponen enjin, mengurangkan geseran, dan mencegah kerosakan serius. Oleh itu, menukar minyak pelincir mengikut jadual yang ditetapkan adalah penting untuk menjaga kesihatan enjin dan memastikan prestasi kenderaan yang optimum.