Langkah 1: Semak Status Saman & Cukai Jalan
Langkah 2: Buat Pemeriksaan Puspakom (B5)
Langkah 3: Dapatkan Insurans Atas Nama Pemilik Baru
Langkah 4: Pergi ke JPJ dengan Pemilik Lama
Kedua-dua pemilik, lama dan baru, perlu hadir di pejabat JPJ untuk proses tukar nama. Bawa semua dokumen yang diperlukan:
- Kad pengenalan (asal dan salinan) kedua-dua pemilik
- Geran kenderaan (asal)
- Laporan Puspakom B5
- Salinan polisi insurans atas nama pemilik baru
Kedua-dua pemilik perlu ada semasa proses ini kerana JPJ memerlukan kehadiran kedua-duanya untuk mengesahkan proses pertukaran.
Langkah 5: Isi Borang JPJ K3
Langkah 6: Bayar Yuran Tukar Nama
Setelah borang dan dokumen diserahkan, anda perlu membayar yuran tukar nama di kaunter JPJ. Yuran ini tidak mahal dan proses ini biasanya cepat. Setelah bayaran dibuat, JPJ akan mengemas kini geran kenderaan dengan nama pemilik baru dan menyerahkan geran yang dikemas kini.
Tips Tambahan:
- Buat Temujanji: Untuk mengelakkan kesesakan, buat temujanji dengan JPJ terlebih dahulu. Ini boleh menjimatkan masa anda.
- Dokumen Lengkap: Pastikan semua dokumen yang diperlukan dibawa bersama untuk mengelakkan sebarang kelewatan.
Kesimpulan
Nak lagi mudah, anda boleh membuat Permohonan Pertukaran Hak Milik (Pemilik Berdaftar) di laman sesawang mySikap ikuti pautan tertera untuk maklumat lebih lanjut.
Dengan panduan ini, anda boleh tukar nama pemilikan kenderaan dengan mudah dan cepat. Ikuti setiap langkah dengan teliti dan selesaikan urusan ini tanpa sebarang masalah! Senang je kan? Pastikan semua dokumen ada, buat step by step, dan tak payah pening kepala nak tukar nama kenderaan!