Terdapat dua jenis bateri kereta iaitu Bateri kereta Sel Basah dan juga Bateri kereta Sel Kering. Apa yang membezakan 2 jenis bateri ini adalah Bateri Sel Basah memerlukan penyelenggaraan berkala. Manakala untuk Bateri Sel Kering tidak memerlukan penyelenggaraan (maintenance- free)
Bateri Kereta Basah
Bateri jenis ini menggunakan air bateri. Ia memerlukan penjagaan yang rapi. Semakin kerap anda menggunakan kereta, semakin kerap anda perlu menyelenggara bateri kereta jenis basah ini untuk mengelakkan daripada bateri kereta anda kering.
Namun, sekiranya anda jarang menggunakan kereta, anda perlu memeriksa bateri kereta setiap 2 atau 3 minggu. Air bateri juga perlu ditambah berdasarkan paras yang telah ditetapkan. Oleh sebab bateri kereta jenis basah ini memerlukan penjagaan yang rapi, jangka hayatnya juga bergantung pada kekerapan penggunaan kereta.
Bateri Kereta Kering
Untuk bateri kereta jenis Sel Kering ini pula, ia dikenali dengan nama lain iaitu “Maintenance-Free”. Ia tidak memerlukan penyelengaraan dan sangat mudah untuk dijaga kerana ia tidak memerlukan air bateri. Bateri jenis ini hanya perlu diganti dengan bateri baharu apabila ia sudah tidak berfungsi dengan baik. Jangka hayat bateri jenis sel kering ini minimum setahun dan paling lama 2 tahun. Ia juga bergantung kepada penggunaan kereta dan penggunaan alatan elektronik dalam kereta. Dari segi harga pula, bateri kereta sel kering ini harganya lebih mahal daripada bateri kereta sel basah.
Bateri Kereta Kering atau Bateri Kereta Basah, Yang Mana Lebih Baik?
Semua orang ada pilihan masing-masing. Ada segelintir yang lebih selesa menggunakan bateri kereta jenis sel basah kerana ia lebih tahan lama berbanding bateri kereta sel kering. Ada juga yang lebih suka menggunakan bateri kereta sel kering kerana lebih mudah dan jimat masa. Terpulang kepada pengguna untuk membuat pilihan.
Kelebihan Bateri Basah
- Harga lebih murah
Kelebihan Bateri Kering
- Tidak perlu diselenggara – rosak ganti baru
- Tidak perlu risau untuk menambah air bateri kerana memang tiada ruang untuk mengisi air bateri tersebut
- Jangka hayat bateri kereta kering minimum setahun dan paling lama 2 tahun
Kekurangan Bateri Basah
- Perlu diselenggara
- Perlu memeriksa bateri kereta setiap 2 atau 3 minggu
Kekurangan Bateri Kering
- Harga lebih mahal berbanding bateri kereta jenis sel basah
Tak kira apa juga bateri kereta yang anda pilih, TukarBateri ada semua! Hubungi talian 011-1608 1608 untuk membuat pesanan. Anda juga boleh walk-in ke mana-mana outlet TukarBateri. Tekan pautan ini untuk maklumat lebih lanjut: https://www.tukarbateri.com.my/lokasi/