Sekarang dah tak payah beratur panjang kat balai nak bayar saman. Bayar online je pun boleh! Jom tengok macam mana cara check nak saman online. Saman JPJ dan AES pun boleh check tau! #bayarsaman #samanpolis #samanjpj #mybayarsaman #mysikap
Kadang-kadang kita tak sedar pun kita ada buat kesalahan jalan raya. Rasa macam tak ada, tapi tak pasti juga.
Jadi, untuk elak saman terkumpul, rajin-rajinlah buat semakan untuk tahu kalau ada saman yang belum bayar. Lagi-lagi masa ada diskaun atau promosi, boleh terus bayar dengan cepat dan jimat!
Cara Semak / Check Saman Polis Trafik PDRM, JPJ & AES Secara Online / SMS
Berikut adalah panduan cara membuat semakan saman Polis Trafik PDRM, JPJ, dan AES (check summons) secara online atau SMS. PDRM dan JPJ telah menyediakan aplikasi dalam talian untuk memudahkan pengguna jalan raya menyemak dan membayar saman. Pastikan anda mengikuti langkah-langkah berikut dengan betul untuk memastikan semakan dan pembayaran saman berjaya.
Untuk makluman, terdapat dua pihak berkuasa yang bertanggungjawab mengeluarkan saman atau kompaun kepada pengguna jalan raya, iaitu Polis Trafik PDRM dan JPJ. Setiap saman mempunyai tempoh bayaran yang ditetapkan; oleh itu, pastikan anda membayar saman dalam tempoh yang diberikan.
Saman yang tidak dijelaskan boleh mengakibatkan anda disenarai hitam, dikenakan waran tangkap, dan tidak dibenarkan memperbaharui cukai jalan serta lesen memandu sehingga semua saman tertunggak dijelaskan.
Senarai Kesalahan Pengguna Jalan Raya dan Kadar Kompaun (PDRM):
- Melebihi had laju: RM150
- Memandu di lorong kecemasan: RM300
- Menghalang lalu lintas: RM150
- Memotong kenderaan secara berbahaya: RM150
- Tidak memakai topi keledar: RM100
- Tiada lesen kenderaan motor: RM150
- Tidak mempamerkan stiker “P”: RM70
- Tidak mematuhi larangan memotong: RM150
- Larangan letak kenderaan: RM150
- Lampu isyarat kenderaan: RM100
- Melanggar lampu merah: RM150
- Menggunakan alat komunikasi semasa memandu: RM150
Untuk senarai kesalahan dan kadar kompaun di bawah JPJ, sila rujuk portal rasmi JPJ.
Kesalahan yang Perlu Diselesaikan di Mahkamah:
- Menggunakan telefon bimbit ketika memandu.
- Gagal mematuhi lampu isyarat merah.
- Memandu di lorong kecemasan.
- Memandu melebihi had laju.
- Memotong garisan berkembar.
- Memotong barisan.
- Tidak memakai tali pinggang keledar.
Cara Semak Saman Polis Trafik PDRM Secara Online:
1. MyBayar Saman:
- Layari [Portal Rasmi MyBayar Saman](https://mybayar.rmp.gov.my).
- Pengguna baru perlu mendaftar terlebih dahulu.
- Klik “Daftar” dan isikan maklumat peribadi yang diperlukan.
- Anda akan menerima OTP di telefon bimbit yang didaftarkan.
- Log masuk menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan.
- Sistem akan memaparkan saman dan klik “Bayar” untuk membuat pembayaran.
- Pembayaran boleh dibuat menggunakan kad debit, kredit, atau prabayar.
Cara Semak Saman JPJ & AES Secara Online:
1. JPJ mySIKAP:
- Layari [Portal Rasmi mySIKAP](https://public.jpj.gov.my).
- Klik “Daftar/Log masuk kali pertama” dan isi maklumat yang diperlukan.
- Log masuk menggunakan ID pengguna dan kata laluan sementara untuk menyemak dan membuat bayaran saman.
2. MyEG:
- Layari [Portal Rasmi MyEG](https://www.myeg.com.my/).
- Daftar sebagai pengguna baru, log masuk, dan pilih bahagian eService.
- Pilih JPJ untuk saman AES, kemudian semak saman dan buat bayaran secara online.
Buat masa ini, tiada perkhidmatan semakan saman melalui SMS disediakan. Pengguna juga boleh membuat semakan dan pembayaran saman di kaunter atau pejabat PDRM dan JPJ berhampiran. Semoga panduan ini membantu anda melunaskan saman dan memandu dengan lebih berhemah.
Sekarang ni senang je, semua boleh buat online, termasuklah bayar saman! Tak payah susah-susah nak pergi kaunter, semuanya boleh selesai depan skrin je. Jadi, tak ada alasan lagi untuk biarkan saman tertunggak. Dengan kemudahan semakan dan pembayaran secara online, urusan jadi lebih mudah dan cepat. Semak selalu, bayar awal, dan pandu dengan berhemah! Tapiiiii kalau nak TukarBateri, kena lah call 011-1608 1608 nanti kami bantu hantar bateri baru ke lokasi anda!