Apakah perbezaan antara produk TukarBateri berbanding jenama lain?
Bateri kereta kami telah dicaj di fasiliti tanpa masalah penyimpanan dan memberikan anda bateri kereta yang lebih tahan lama.
Bagaimanakah cara untuk memilih bateri terbaik untuk kereta saya?
Cara terbaik adalah dengan memeriksa manual pengguna kereta anda untuk mendapatkan saiz yang betul dan parameter. Anda juga boleh memeriksa berdasarkan model kereta, model bateri kereta, tahun pemasangan, saiz yang disyorkan, dan parameter spesifik dalam Manual Aplikasi Bateri.
Sila hubungi kami untuk mendapatkan konsultasi percuma untuk model kereta yang sesuai.
Kenapa bateri kereta saya cepat mati?
Pemanduan singkat, kondisi jalan yang buruk, dan cuaca panas melampau boleh menyebabkan bateri kereta cepat habis.
Pemanduan yang singkat menyebabkan alternator tidak sempat mengisi semula bateri kereta dengan mencukupi. Malah, kondisi jalan yang buruk boleh juga merosakkan plat bateri kereta anda. Cuaca panas melampau juga meningkatkan masa yang diperlukan untuk mengisi semula bateri kereta anda dan boleh menghasilkan kristal plumbum sulfat.
Bagaimana untuk mengetahui bateri kereta saya mati atau hampir mati?
Anda boleh mengesan bateri kereta yang hampir habis apabila enjin berputar perlahan dan prestasi kenderaan merosot. Apabila simbol bendera merah menyala, itu menandakan perlunya anda untuk menggantikan bateri.
Perlukah saya mendapatkan jenama bateri kereta yang sama sewaktu saya membeli kereta untuk penggantian?
Tidak, anda tidak perlu mencari jenama yang sama dengan bateri kereta sebelumnya. Kenal pasti spesifikasi bateri kereta anda untuk penggantian yang tepat.
Bilakah waktu terbaik untuk saya tukar bateri kereta?
Kebiasaannya, pengguna kereta kerap menukar bateri apabila kereta tidak dapat dihidupkan; namun, dinasihatkan untuk menukar bateri kereta setiap 3-5 tahun untuk prestasi optimum.
Apakah jenama bateri kereta terbaik?
Tiada penilaian yang mutlak terhadap jenama terbaik, yang terbaik bergantung kepada faktor seperti jenis bateri kereta, kapasiti simpanan, CCA yang mencukupi, tempoh waranti, jangka hayat, dan kesesuaian dengan model kereta anda.
Adakah anda mempunyai jenama seperti Amaron / Century dan lain-lain?
Kami adalah penyedia utama bateri Jenama Mayshowa Helios, Mayshowa Energy, dan KOWA yang menggunakan teknologi terkini dari Jepun dan Korea. Dengan lebih dari 20 tahun pengalaman dalam perkilangan dan pengedaran, kami komited untuk menghasilkan bateri kereta yang berkualiti tinggi dengan jangka hayat panjang, prestasi cemerlang, dan ketahanan terhadap kehilangan cecair serta pencegahan pecah.
Mengapa anda tidak menggunakan jenama bateri seperti Amaron, Century dan lain-lain?
Kami adalah penyedia utama bateri Jenama Mayshowa Helios, Mayshowa Energy, dan KOWA yang menggunakan teknologi terkini dari Jepun dan Korea. Dengan lebih dari 20 tahun pengalaman dalam perkilangan dan pengedaran, kami komited untuk menghasilkan bateri kereta yang berkualiti tinggi dengan jangka hayat panjang, prestasi cemerlang, dan ketahanan terhadap kehilangan cecair serta pencegahan pecah.
Adakah anda menyediakan waranti lebih daripada 12 bulan?
TukarBateri menawarkan bateri kereta lengkap dengan waranti selama 12 bulan atau 25,000km, tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
- Waranti ini hanya terpakai jika kerosakan bateri tidak disebabkan oleh kecacatan produk, seperti masalah alternator, masalah pendawaian, atau penyalahgunaan oleh pengguna seperti terlupa tutup lampu.
- Bateri tidak layak mendapat jaminan dalam kes-kes yang tidak memenuhi syarat-syarat di atas.
Sila ambil perhatian bahawa beberapa jenama lain mungkin menawarkan jaminan lebih lama, tetapi purata jarak tempuh tahunan adalah sekitar 25,000km untuk kegunaan harian kereta.
Adakah anda menyediakan pengecasan bateri?
Kami menawarkan perkhidmatan “Jumpstart” sementara dan juga penukaran bateri baru untuk prestasi yang lebih baik. Pelanggan boleh kunjungi outlet kami untuk pemeriksaan bateri kereta secara PERCUMA. Pakar bateri kami akan menilai dan menukar bateri jika perlu. Layanan penghantaran dan pemasangan bateri kereta ke lokasi anda tanpa cas tambahan turut disediakan.
Adakah anda memerlukan 3 hari untuk pemeriksaan bateri untuk urusan tuntutan?
Hanya 3 hari bekerja untuk pemeriksaan bateri dan pakar bateri kami akan menentukan punca kerosakan, sama ada oleh kecacatan produk, masalah alternator, pendawaian, atau penyalahgunaan pengguna. Sekiranya proses pemeriksaan bateri tersebut mengambil masa kurang daripada 3 hari, kami akan menghubungi pelanggan semula.
Adakah anda juga menjual bateri basah?
Kami menawarkan bateri kering yang unggul berbanding bateri basah. Banyak pelanggan kami memilih bateri kering kerana ia lebih mudah dijaga dan tidak memerlukan penyelenggaraan berkala. Bateri kami dilengkapi dengan kemasan yang cermat untuk mencegah kebocoran dan menjaga kualiti. Ini meningkatkan jangka hayat dan prestasi bateri secara signifikan.
Apa itu bateri “freshly charged”?
“Freshly charged” merujuk kepada bateri yang telah diisi semula di kilang kami di Malaysia sebelum penghantaran kepada pelanggan dan pemasangan dalam kenderaan. Berbeza dengan bateri jenama lain yang kebanyakannya diimport, yang mungkin mengalami penurunan voltan semasa proses pengimportan.
Adakah anda mempunyai bateri untuk motosikal dan trak?
Kami menawarkan pelbagai bateri untuk trak dan lori, disesuaikan dengan jenama dan model anda. Hubungi wakil jualan kami di 011-1608 1608 untuk maklumat lanjut.
Dimanakah pelanggan boleh membuat tuntutan waranti?
Kami menawarkan jaminan waranti di semua cawangan kami. Pelanggan hanya perlu lampirkan bukti pembelian yang juga boleh dimuat turun daripada aplikasi TukarBateri.
Bagaimanakah cara untuk pelanggan membuat tuntutan waranti?
Anda boleh menghubungi hotline kami atau kunjungi outlet TukarBateri untuk urusan jaminan. Caj servis berjumlah RM50 akan dikenakan untuk tuntutan jaminan di lokasi, kecuali untuk tuntutan pertama. Manakala caj servis tidak akan dikenakan untuk tuntutan jaminan kali pertama. Sekiranya masalah bateri didapati disebabkan oleh masalah alternator, pendawaian dan cara penggunaan pengguna, bateri tersebut tidak layak untuk dibuat tuntutan jaminan.
[Tuntutan waranti di lokasi]
Pusat panggilan kami akan mengumpulkan maklumat mengenai model kereta dan bateri yang digunakan serta lokasi pelanggan. Pakar bateri kami akan datang ke lokasi untuk pemeriksaan awal. Sekiranya masalah tidak dapat dikenalpasti, bateri sementara akan diberikan dan bateri yang bermasalah akan dihantar untuk pemeriksaan kilang dalam masa 3 hari. Jika tiada masalah ditemui, bateri akan dicas semula dan dipulangkan dalam masa 30 hari. Untuk bateri yang rosak, bateri baharu akan digantikan tanpa caj tambahan.
[Tuntutan waranti di outlet]
Pelanggan boleh terus ke mana-mana outlet TukarBateri semasa waktu operasi dari 8 pagi – 5 petang setiap hari. Tiada caj akan dikenakan.
Adakah pelanggan layak untuk mendapatkan rebat daripada bateri lama?
Ya betul. Pelanggan akan mendapat rebat sebanyak RM30 dengan trade-in bateri lama anda.
Apakah pelan ansuran anda?
Pihak kami tidak menyediakan pelan ansuran buat masa ini. Kami hanya menerima pembayaran penuh sahaja.
Bilakah waktu operasi TukarBateri?
Kami beroperasi dari jam 8:30am pagi hingga 5 petang setiap hari. Jika anda memerlukan perkhidmatan kami di luar waktu operasi, kami boleh menawarkan perkhidmatan bergantung kepada ketersediaan pakar bateri. Hubungi talian kami untuk memeriksa dan membuat temujanji. Kami akan berusaha untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk pelanggan kami.
Bolehkah perkhidmatan penukaran bateri dibuat di rumah saya?
Sudah semestinya. Kami boleh menghantar dan memasang bateri kereta di lokasi anda tanpa sebarang caj tambahan. Pelanggan diminta untuk memberikan lokasi, tarikh dan masa untuk kami uruskan pakar bateri ke lokasi anda. Harap maklum bahawa servis cas berjumlah RM50 akan dikenakan sekiranya didapati kerosakan bukan berpunca daripada masalah bateri tetapi faktor lain seperti masalah alternator dan pendawaian.
Saya tidak pasti apa masalah bateri kereta saya. Saya tidak boleh menghidupkan Kereta.
Pasukan pakar bateri kami akan segera tiba di lokasi anda untuk menguji bateri anda dengan teliti. Kami memerlukan maklumat mengenai jenama dan model kereta anda, lokasi anda, dan butiran lain yang diperlukan.
Bayaran servis caj akan dikenakan sebanyak RM50 sekiranya kerosakan bateri anda bukan disebabkan oleh bateri itu sendiri, tetapi disebabkan oleh faktor lain seperti masalah alternator atau pendawaian.
Berapa lamakah jangka hayat bateri kereta?
Purata jangka hayat bateri kereta adalah selama 24 bulan bergantung kepada cara penggunaan kereta tersebut.
Berapakah caj penghantaran?
TukarBateri hanya mengenakan caj untuk produk yang anda beli. Penghantaran, pemeriksaan, dan pemasangan adalah percuma!
Adakah anda masih melakukan penghantaran ketika hujan?
Ya, kami tetap menjalankan penghantaran walaupun dalam hujan, namun, harap maklum bahawa terdapat kemungkinan kelewatan disebabkan oleh cuaca dan keadaan jalan yang tidak dapat dijangka. Sekiranya anda perlu membatalkan pesanan atas sebab-sebab tertentu, sila hubungi Pusat Panggilan kami, dan kami akan berusaha untuk mengatur penghantaran semula pada waktu yang lebih sesuai.
Apakah yang patut saya lakukan sementara menunggu juruteknik TukarBateri?
Anda disarankan untuk mengekalkan ketenangan, berhenti di tempat yang selamat, dan mengambil tindakan berjaga-jaga. Sila pastikan anda memasang lampu isyarat kecemasan dan menyediakan papan tanda (jika mungkin) dalam jarak 5 hingga 10 meter dari kenderaan anda untuk mengelakkan kemalangan.
Anda juga boleh mengesan juruteknik kami melalui aplikasi kami yang boleh dimuat turun di App Store dan Play Store.
Adakah juruteknik TukarBateri anda mempunyai latihan untuk mengecas bateri?
Juruteknik kami telah menjalani pelbagai latihan teori dan juga praktikal. Kualifikasi hanya diberikan kepada mereka selepas berjaya melepasi penilaian yang ketat.
Bolehkah saya membuat janji temu untuk memeriksa/menukar bateri kereta saya?
Ya, sila hubungi pusat panggilan atau mesej kami melalui WhatsApp untuk membuat temujanji, mendapatkan konsultasi percuma atau penghantaran segera.
Bolehkah saya membeli bateri kereta sahaja dan menggantinya sendiri?
Ya, anda boleh mendapatkan bateri kereta untuk penggantian sendiri hanya jika anda mengambilnya di kedai kami. Sila ambil perhatian bahawa pemasangan dan pemeriksaan adalah percuma dengan setiap pembelian. Di TukarBateri, pemasangan dan pemeriksaan adalah percuma dalam setiap pembelian.
Bagaimanakah jika kereta saya rosak bukan disebabkan kegagalan bateri kereta?
Sekiranya kereta anda mengalami kerosakan akibat isu yang berbeza, juruteknik kami akan melakukan pemeriksaan alternator dan pelaksanaan lompatan mula. Yuran sebanyak RM50 akan dikenakan untuk lawatan dan perkhidmatan ini.
Bagaimanakah cara untuk menghubungi TukarBateri?
Anda boleh menghubungi kami sepanjang waktu operasi melalui nombor Pusat Panggilan kami, WhatsApp, atau melalui aplikasi TukarBateri yang boleh dimuat turun daripada App Store atau Play Store.
Kenapa servis cas mahal?
Pemeriksaan oleh TukarBateri adalah komprehensif dan dipercayai ramai. Kami akan mengenal pasti komponen yang mengalami masalah dan memberikan nasihat serta tindakan yang perlu diambil dengan segera. Caj perkhidmatan kami merangkumi pelbagai aspek seperti masa perjalanan, penggunaan alat ujian bateri, dan kepakaran yang diperlukan oleh pasukan pakar bateri kami untuk memeriksa kesihatan bateri anda.
Mengapa perkhidmatan anda memerlukan masa yang lama semasa cuaca buruk?
Kami komited untuk memastikan penghantaran bateri anda secepat mungkin tanpa mengabaikan keselamatan pakar kami. Walaupun cuaca buruk atau kesesakan lalu lintas mungkin berlaku semasa operasi penghantaran, kami tetap berusaha untuk memenuhi jangkaan masa penghantaran sambil mengekalkan integriti bateri anda.
Adakah anda memerlukan 30 minit untuk penghantaran yang dekat?
Penghantaran kami biasanya mengambil masa 30 minit. Walau bagaimanapun, terdapat kemungkinan kelewatan disebabkan oleh keadaan tak terduga seperti kesesakan trafik atau kemalangan.
Dimanakah perkhidmatan anda tersedia?
Kami membuat penghantaran dan pemasangan merangkumi bandar-bandar besar seperti Lembah Klang, Senawang, Melaka, Johor Bharu, Kota Bharu, Kuantan, Kuala Terengganu, Ipoh dan juga Pulau Pinang.
Adakah perkhidmatan anda termasuk harga pemasangan dan penghantaran?
Sudah semestinya! Kami menyediakan perkhidmatan penghantaran dan pemasangan tanpa sebarang caj tambahan. Kami akan menghantar dan memasang bateri baharu ke lokasi anda.
Kaedah pembayaran apakah yang diterima?
Selain tunai, kami juga menerima pembayaran kad debit dan kredit serta e-wallet terpilih. Hubungi kami untuk mengesahkan kaedah pembayaran anda. Pemilihan pembayaran juga boleh dilakukan selepas pemasangan.
Bolehkah saya bayar bateri kereta di lokasi?
Ya. Anda boleh lakukan pembayaran secara tunai, kad kredit atau debit, e-wallet atau perbankan dalam talian di lokasi. Kami lebih menggemari pembayaran tanpa tunai.
Bolehkah saya membatalkan pesanan dan menuntut bayaran semula?
Setiap pembelian yang dilakukan adalah untuk perkhidmatan segera dan tidak boleh dipulangkan. Walau bagaimanapun, anda berhak untuk membatalkan pesanan dan meminta bayaran balik jika anda dapat membuktikan penerimaan bil yang salah atau alasan yang munasabah lainnya. Setiap pembatalan akan diputuskan secara individu berdasarkan budi bicara kami.
Jika pesanan anda salah, kami akan menghantar semula pesanan yang betul dan mengenakan kos penghantaran yang diperlukan.
Sebarang kerosakkan, sila hubungi kami melalui alamat emel di customersupport@tukarbateri.com.my.
Sila sediakan:
Nama Anda (seperti dalam Invois), Salinan Invois, Maklumat Kerosakan atau Defeksi
*Sebarang kerosakan tertakluk kepada syarat-syarat waranti.
Resit saya hilang. Bolehkah saya menuntut waranti?
Ya. Kunjungi sahaja kedai kami yang terdekat supaya kami boleh membantu anda. Sekiranya anda melakukan pembelian melalui aplikasi TukarBateri, anda boleh menyemak pembelian anda di sejarah pembelian.
Apakah caj yang perlu saya bayar?
Anda hanya perlu bayar harga bateri sahaja. Penghantaran, pemasangan, dan pemeriksaan termasuk dalam caj produk.